01 November 2007

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Pengenalan
Laman ini membawa anda untuk mengenali konsep berfikir, jenis-jenis kemahiran
berfikir, proses berfikir serta alat-alat untuk membantu anda berfikir supaya anda
menjadi manusia yang berjaya berfikir secara lebih sistematis. Laman ini juga
mencadangkan strategi yang boleh digunakan untuk mengajar kemahiran-kemahiran berfikir
secara lebih ekslisit.

Definisi
Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan
tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu
berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran
dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.

Dapatlah dirumuskan bahawa:
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan
yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Tujuan
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
membolehkan pelajar:
mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak
mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik
sama ada di dalam atau di luar sekolah
menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk
memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi
pandangan dan kritik.

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir
Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

Komponen utama KBKK:
Berfikir secara kritis,
Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?
KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu
hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?
Kecekapan menggunakan minda untuk:
menjana dan menghasilkan idea,
mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:
membanding dan membeza:
membuat kategori,
meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
menerangkan sebab.
membuat sekuen / urutan.
menentukan sumber yang dipercayai,
membuat ramalan,
mengusul periksa andaian,
membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora, Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?
Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir
secara kreatif.

Ciri-Ciri Pemikir Bijak
Cekal Luwes Reflektif Kurang impulsif Ingin tahu Mengambil risiko Mahir menyoal Tidak mudah putus asa Asertif Berkerjasama

Link yang Berkaitan



0 komentar:

Posting Komentar

Komentar rekan-rekan ditunggu disini...

Template by : Jhon Hendra Jamsul, S.Kom